CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Minggu, 03 Mei 2009

jadi pasangan misteri

Tinggalkan sedikit misteri tentang diri anda agar pasangan anda akan senantiasa tertanya-tanya siapakah anda sebenarnya? apakah yang anda pernah lakukan dulu? dengan siapakah anda berkawan?, atau…siapakah bekas pasangan anda?

Padahal…anda bukanlah sesiapa pun, bukanlah ada apa-apa pun hehehe :lol: tapi buat-buatkan seperti ada rahsia misteri gitu. Seolah-olah seperti kita menonton movie, atau membaca novel…elemen misteri yang diterapkan membuatkan kita semakin ingin tahu, semakin menunggu apakah kesudahannya. Betul tak?

Bro cukup suka buatkan diri kita seperti ada perkara yang ramai ingin tahu, kan? Hehehe…kalau mereka yang selalu layari blog cinta brother love, mereka selalu sahaja tertanya-tanya tentang bro Razzi, kan? Hehehe… (perasan)

tip brother love : Psikologi biasa, jika anda membuatkan diri anda seperti ada misteri, seperti ada sesuatu yang tersembunyi dalam diri anda, anda akan membuatkan pasangan anda semakin ingin tahu dan mahu terus bersama anda. Jadi, sedikit sebanyak ianya memudahkan anda dalam menjaga perhubungan anda, kan?

Setiap kali pertanyaan yang diajukan, jangan menjawab sepenuhnya. Atau mengelak sebanyak yang mungkin. Walau sebenarnya, tak ada apa-apa pun hehehe…kekasih anda atau seorang suami pasti akan naik angin, geram dan mungkin juga akan marah. Tapi biarkan dia…sekejap je tu. Biasalah kan, kalau kita tidak dapat jawapan, pasti kita pun sama juga. Geram dan marah. Tapi bukanlah sampai benci… anda senyum je!

Bila dah banyak-banyak kali, atau berminggu-minggu dia duk asyik tanya je…bagilah jawapan sikit kat dia. Tapi biar ada lagi perkara-perkara yang tak dijawab, agar perhubungan anda dan dia terus hangat dan banyak perkara lagi yang dipanggil…, “Unfinished business”

0 komentar: